· Para penyelidik dalam bidang perubatan telah membuktikan bahawa puasa mampu membuang toksik dalam badan sekaligus meningkatkan sistem imunisasi badan untuk melawan penyakit.
·
Ahli biologi pula
menyatakan otak manusia tidak berfungsi dengan baik ketika perut & usu
melakukan proses pencernaan. Ini disebabkan tenaga dan pengaliran darah
ditumpukan kepada kerja-kerja penghadaman makanan.
TERLALU KENYANG = OTAK LEMAH UNTUK BERFIKIR =
RASA MALAS & MENGANTUK
·
WHO pula mengenalpasti
pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini. Penyakit masa
kini paling kerap berlaku disebabkan oleh Sindrom Metabolik yang membawa
masalah
o
Glukos dalam darah
yang tinggi
o
Tekanan darah yang
tinggi
o
Lipid darah yang
tinggi
o
Obesiti
·
Satu kongres
antarabangsa bertemakan “Kesihatan & Ramadhan telah diadakan di Casablanca,
Morocco (1996) yang dihadiri pakar-pakar perubatan telah membentangkan lebih
kurang 50 kajian. Kesemua kajian mengesahkan puasa mampu mencegah serta
menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan yang
dibuat oleh kongres tersebut ialah EMPAT fadilat puasa dari sudut kesihatan
adalah :
o
Menurunkan kadar
glukos dalam darah
o
Menurunkan tekanan
darah
o
Menurunkan lipid dalam
darah
o
Menurunkan berat badan
·
Al-Harits, seorang
doktor Arab : “Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka
memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna”
·
Dr Alexis Carel,
pemenang anugerah Nobel dalam bidang kedoktoran : “Puasa dapat membersihkan
pernafasan”
·
Dr Mac Fadon, Amerika
: “Puasa adalah tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang melibatka
perut”
·
Dr Alan Cott, pakar
perubatan Amerika Syarikat : “Penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa
mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan
orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya
ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor yang
lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Islam
dengan judul Fakta Menarik Puasa. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://deden-arpega.blogspot.com/2014/07/fakta-menarik-puasa.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Fakta Menarik Puasa"
Posting Komentar